fbpx

Kematangan, keberanian In Saff tawar pakej umrah serendah RM4,970

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fahami (dua dari kanan) bersama rakan niaga In Saff bersempena pengumuman syarikat tentang promosi pakej istimewa umrah serendah RM4,970 di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Pernah dituduh scammer ekoran menawarkan pakej umrah selama 22 hari pada harga yang sangat murah pada awal penubuhan operasi syarikat In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. (In Saff) tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pengasas dan rakan kongsinya untuk terus beroperasi sehingga kini.

Sememangnya tohmahan ter­sebut sedikit seba­nyak merobek keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti syarikat yang telah mula beroperasi pada 1 Di­sember 2014 itu, namun persepakatan dan sokongan yang erat daripada pengurusan kanan syarikat serta kakitangannya membuatkan mereka tidak menoleh ke belakang lagi.

Malah individu yang menyebarkan tuduhan scammer itu telah mengikuti salah satu pakej umrah In Saff tawarkan selepas itu menjadikan empat pengasas bersama syarikat yang berpangkalan di Kuala Terengganu, Terengganu itu terus berinovasi menawarkan pakej menarik untuk merealisasikan niat setiap individu Islam untuk menjadi tetamu Allah.

Syarikat yang kini memiliki 31 cawangan itu dioperasikan oleh empat anak muda berumur bawah 40 tahun yang merupakan lepasan pelajar ummul qura universiti di Mekah iaitu Aswadi Ali, Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Mohd. Fahmi Mohd. Nawi dan Falaahuddin Ahmad Jasni.

Kejayaan tahun lalu, In Saff te­lah berjaya menerbangkan lebih 9,000 jemaah umrah yang mana 80 peratus daripada pelanggan mengambil pakej umrah ekonomi yang ditawarkan pada harga bermula RM8,670 selama 12 hari 10 malam.

Tahun ini, syarikat mengunjurkan untuk membawa lebih daripada 10,000 jemaah umrah.
In Saff juga menawarkan beberapa pakej umrah lain dalam pelbagai pakej daripada berharga bajet sehingga kepada pakej umrah premium termasuk pakej Clock Tower yang memberi kemudahan lengkap kepada jemaah.

Pengarah Urusan syarikat Mohd. Fahmi berkata, syarikat juga menawarkan perkhidmatan pengurusan tiket domestik dan antarabangsa, pengurusan visa, badal haji dan umrah serta pe­nempahan hotel.
Selain itu, ia juga menjalankan servis percutian Islamik untuk pelanggan korporat di dalam ne­gara dan luar negara serta pe­ngurusan korban, aqiqah dan juga dam.

“Bersesuaian dengan tagline syarikat iaitu Insafi Nurani Santuni Rohani telah membuatkan kami sentiasa meletakkan keutamaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan dalam masa yang sama menyatuni jemaah yang berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd. Fahmi menerangkan, syarikat yang memfokuskan kepada tawaran pakej umrah pada harga sederhana dan juga murah itu bukan menjadikan faktor kewa­ngan sebagai taruhan utama misi perniagaannya tetapi mahu mempermudahkan lagi urusan jemaah untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.

“Apatah lagi bagi mereka yang bekerja tidak mempu­nyai cuti yang panjang, jadi kami telah memperkenalkan pakej terbaha­ru yang dapat memenuhi permin­taan kumpulan tersebut selain mereka yang kurang berkemampuan.

“Sehubungan itu, kami tawar­kan satu pakej umrah edisi istimewa dengan harga serendah RM4,970 seorang selama sembilan hari, tujuh malam yang mana empat hari jemaah akan berada di Mekah dan tiga hari di Madinah,” jelasnya.

Pakej yang tidak dilengkapi dengan kemudahan makan dan minum serta bagasi itu tetap mengutamakan kemudahan lain seperti bantuan dan bim­bingan daripada mutawif berpe­ngalaman.

Menurut Mohd. Fahami, untuk projek istimewa ini, dua pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang disewa khas bakal berlepas pada 2 dan 3 Mei.

Bagi pakej istimewa ini, syarikat dijangka membawa seramai 566 jemaah yang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 45 jemaah dan dibimbing oleh seorang mutawif serta beberapa petugas pentadbiran di sana.

Lokasi penginapan di Mekah hanyalah sejauh 1.5 kilometer tetapi terdapat kemudahan bas ulang alik sepanjang 24 jam di situ, manakala jarak kediaman di Madinah pula dalam sekitar 200 meter sahaja.

Terang Mohd. Fahami, sebaik sahaja pakej istimewa itu dilancarkan, tempat duduk untuk 566 jemaah umrah telah habis dijual dalam tempoh 10 hari sahaja.

Buat masa sekarang, In Saff sedang menyempurnakan niat 184 jemaah umrah yang melanggan pakej istimewa ini.

Tetapi mereka menaiki pesawat daripada syarikat pener­bangan murah iaitu Turkme­nistan Airlines dan terpaksa transit di negara berkenaan sebelum terbang terus ke Tanah Suci.

Mengulas mengenai harga yang terlalu murah itu boleh memberi kesan kepada pemain pasaran yang menawarkan pakej yang berpatutan, beliau berkata, harga murah sedemikian ti­dak akan meninggalkan impak negatif kepada pasaran malah ia memberi petunjuk kepada pesaing untuk menawarkan pakej seumpama itu mengikut keperluan operasi masing-masing.

“Setiap jemaah memiliki misi dan niat masing-masing serta mengikut perbelanjaan yang ada jadi terpulanglah kepada mereka yang mahu mengambil pakej yang paling murah atau pakej yang paling mahal,” jelasnya.

Tambah beliau, kematangan syarikat sepanjang 10 tahun itu ini telah membolehkannya menawarkan pakej umrah terbaik yang dapat memenuhi keperluan serta bajet semua jenis jemaah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI