fbpx

Anwar kagum kenderaan teknologi hidrogen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyaksikan Demonstrasi Penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit dan Kenderaan Toyota Mirai di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengagumi kenderaan yang menggunakan teknologi hidrogen.

Perkara itu dimaklumkan Anwar kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang selepas berpeluang menaiki bersama kenderaan itu di sini pagi ini.

Lih Kang berkata, Perdana Menteri sangat berminat dengan teknologi itu selain turut menyokong teknologi hijau.

“Tanggapan pertama daripada beliau (Anwar) adalah kereta ini lebih senyap (enjin kenderaan sangat senyap). Ia lebih senyap berbanding kenderaan lain.

“Beliau turut bertanya mengenai ekosistem teknologi itu di negara ini dan sedar dengan perkembangan teknologi itu di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Majlis Demonstrasi Penggunaan Unit Pengisian Semula Hidrogen Mudah Alih dan Kenderaan Berkuasa Hidrogen di perkaragan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), hari ini.

Terdahulu, Anwar dan Lih Kang menaiki kenderaan Toyota Mirai iaitu kenderaan teknologi hidrogen dari perkarangan Mosti ke Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, pagi ini.

Ditanya sasaran pasaran bagi kenderaan teknologi hidrogen ini, Lih Kang berkata, kerajaan perlu mewujudkan faktor pasaran dan permintaan terlebih dahulu kerana ia adalah ekosistem yang baharu di negara ini.

“Kita perlu meningkatkan dari segi permintaan, penggunaan dan penjanaan hidrogen hijau terlebih dahulu.

“Sasaran kita pada 2030, Malaysia boleh mendapat manfaat daripada ekonomi hidrogen ini yang mampu mencecah RM12 bilion.

“Ini juga adaah satu sasaran untuk kita capai menjelang 2050, dimana negara boleh capai sifar karbon,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI