fbpx

Malaysia sedia perluas penggunaan teknologi nuklear selamat – Mosti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN (dua dari kiri) melihat bongkah cendawan yang menggunakan teknologi nuklear pada Program Promosi Bersasar di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Malaysia bersedia untuk memperluas penggunaan teknologi nuklear dalam pelbagai sektor harian bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, termasuklah dalam sektor kesihatan dan pertanian.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pihaknya telah menjalankan pelbagai penyelidikan berhubung penggunaan nuklear secara selamat bagi menjayakan hasrat itu.

Menurut beliau, persepsi negatif segelintir masyarakat yang menganggap teknologi nuklear berbahaya perlu diubah, selari dengan pelaksanaan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 yang diperkenalkan September tahun lalu.

“Persepsi nuklear itu bahaya adalah tidak benar, ia bergantung kepada sektor dan penggunaan. Kita hendak maklumkan bahawa teknologi nuklear yang kita hasilkan untuk tujuan yang aman, sesuai untuk kegunaan seharian rakyat seperti perubatan dan pertanian.

“Kita boleh aplikasikan penggunaan teknologi nuklear untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, penyelidik Mosti terlibat aktif dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan keterjaminan makanan,” katanya selepas merasmikan Program Promosi Bersasar Mosti di Hotel Berjaya Waterfront, di sini hari ini.

Tambah Aminuddin, Mosti mempunyai 21 Pusat Khidmat yang menawarkan penyelesaian masalah melalui penggunaan teknologi nuklear selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI