fbpx

Makin terserlah bakat seni, LUSM Leona!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK kepada pelakon Azhar Sulaiman, Leona semakin kelakar dalam TikTok.

Satu Malaya sedang ‘berhuha huha’’ dengan ‘bahasa cinta’ antara pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz dalam WhatsApp seperti didedahkan wanita bernama Sarah Yasmine.

‘LUSM’, ‘LU’ dan ‘143’ antara yang meledak dalam media sosial tetapi respons yang paling melekat dalam hati Diva, tak lain dan tak bukan adalah daripada anak dara Azhar Sulaiman, Leona.

Nak muntah rasanya dengan segala pendedahan bertubi-tubi daripada mereka yang terlibat, namun muntah tersebut, tertelan balik selepas tengok video-video lucu Leona dalam TikTok.

Daripada perkongsiannya, Leona dakwa tak kenal siapa itu Aliff Aziz sampailah tak tahu makna buaya darat dan akhirnya turut sama sertai pasukan sorak akronim cinta Ruhainies-Aliff.

Terus hilang pening Diva tengok gelagat Leona yang sememangnya tidak mahir berbahasa Melayu, namun sekurang-kurangnya, dia terus dan terus mencuba.

Minggu lepas, dia buat lagu Ketipak Ketipung Raya Aisha Retno dan Cinta Setandan Pisang trending, minggu ini dia buat Diva rasa nak cubit-cubit pipinya!

Makin lama, makin terserlah bakat seni yang diwarisi Leona daripada bapanya, Azhar Sulaiman. Terima kasih jadi ‘panadol’ buat Diva!

DIVA: Mari kita panjatkan doa buat bekas pengarang majalah URTV, Huzaini Kamaludin atau Huzz yang kini sedang diuji masalah kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI