fbpx

9 direman kes bunuh pengurus syarikat tegur payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI sembilan individu diperintahkan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Sembilan individu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pengurus syarikat gara-gara menegur saiz payudara seorang wanita di Taman Kenanga, Tengkera, di sini, semalam.

Perintah reman sehingga 16 Mei itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Sharda Shienha Mohd. Suleiman selepas bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 38 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian lokap.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang pengurus syarikat mati ditikam dalam satu pergaduhan yang didakwa berpunca daripada mulut celopar mangsa menegur saiz payudara pelanggan wanita di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan luka tikaman pada jantung.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian dikatakan berlaku selepas si mati yang dalam keadaan mabuk telah datang ke kedai berkenaan untuk makan dan minum bersama rakannya.

Mangsa kemudian telah menegur saiz payudara seorang pelanggan wanita dan perkara itu telah didengari oleh pengawal peribadi wanita terbabit.

Lelaki tersebut kemudian menegur sikap si mati dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka berdua serta teman lelaki wanita berkenaan sehingga berlaku pergaduhan yang menyebabkan kecederaan.

Susulan itu polis menahan tujuh suspek berusia antara 25 sehingga 38 tahun dan merampas pisau serta batang besi yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI