fbpx
Tangkap layar keadaan mangsa yang digilis dipercayai kenderaan berat di Jambatan Muhibbah, Jalan Pelabuhan Barat, Klang.

Penyelia maut digilis di Jambatan Muhibbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang penyelia syarikat pengangkutan berdepan detik tragis apabila maut digilis sebuah kenderaan berat dalam kejadian di Jambatan Muhibbah, Jalan Pelabuhan Barat, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 malam ketika mangsa berusia 37 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di kawasan perindustrian Pulau Indah dengan menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa kemudiannya digilis di oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Mustakim Najri di talian 012-5826983 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat memaparkan keadaan mangsa di lokasi kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN