fbpx

Empangan Air Itam kritikal, mampu bertahan 40 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simpanan air di Empangan Air Itam kini kritikal dan dijangka kehabisan menjelang Jun ini jika tiada hujan.

GEORGE TOWN – Simpanan air di Empangan Air Itam di sini hanya mampu bertahan untuk 40 hari sahaja lagi susulan cuaca panas yang melanda ketika ini serta kekurangan taburan hujan di kawasan tersebut.

Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, jika hujan turun tidak mencukupi di kawasan tadahan itu atau tiada hujan langsung di kawasan berkenaan, empangan tersebut dijangka kehabisan sumber air menjelang Jun ini.

Menurutnya, Empangan Air Itam membekalkan air di bandar Air Itam, Paya Terubong, dan kawasan sekitarnya dengan membabitkan jumlah pengguna 30,000 orang dengan 6,000 akaun.

“Penurunan ketara kapasiti air di empangan Air Itam adalah disebabkan kekurangan taburan hujan di kawasan berkenaan dan penggunaan air daripada pengguna yang tinggi iaitu di kawasan pasar dan medan selera di situ.

“Kita bimbang jika pengguna tidak menjimatkan penggunaan air sekarang, pengguna di kawasan itu akan menghadapi masalah air yang kritikal,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Komtar, di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K.Pathmanathan.

Setakat 7 Mei lalu, empangan Air Itam merekodkan kapasiti empangan pada paras 41.5 peratus, manakala empangan Teluk Bahang pada paras 48.4 peratus.

Zairil memberitahu, PBAPP telah menjalankan tindakan kejuruteraan iaitu mengurangkan jumlah pengeluaran dan penyaluran air daripada empangan Air Itam kepada pengguna.

“Selain itu, terdapat akaun pengguna di kawasan Air Itam yang kita salurkan bekalan air kepada mereka dengan menggunakan bekalan air daripada Lori Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

“Sekiranya langkah ini kita tidak ambil mungkin air di empangan Air Itam akan habis dalam tempoh 10 hari, sekarang dengan langkah yang kita ambil ia dapat bertahan selama 40 hari lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI