fbpx

Cuaca panas: Tiada isu bekalan makanan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin memantau harga dan bekalan telur selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah di sebuah pasar raya di Bedong, dekat Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa tiada isu bekalan makanan terjejas berikutan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, semua bekalan makanan setakat ini masih dalam kawalan.

“Di Kedah saya difahamkan tiada isu kekurangan bekalan gula atau air mineral, jadi saya harap perkara ini dapat kita kekalkan.

“Walau bagaimanapun, dalam mendepani isu gula ini KPDN akan bertindak lebih proaktif dalam kita membuat perancangan-perancangan awal dan libat urus yang lebih kerap supaya tidak berlaku krisis bekalan gula dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah di sebuah pasar raya di Sungai Lalang, Bedong, dekat sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh bagi memastikan bekalan gula mencukupi dan akan segera memanggil syarikat pengeluar sekiranya berlaku kekurangan bagi mengenal pasti punca kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI