fbpx

Animasi 2D tempatan raih anugerah di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khairi Ibrahim memenangi anugerah Thematic Award di Memorial Maria Luisa, Asturias, Spain, semalam.

PETALING JAYA – Animasi 2D, Pillar Of Strength karya anak tempatan berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul anugerah di Memorial Maria Luisa, Asturias, Sepanyol, semalam.

Pillar Of Strength mengisahkan konflik kekeluargaan antara seorang pahlawan Iban di Sarawak dengan anaknya yang dirasakan tidak menghormati dan mengerti budaya dan adat resam budaya Iban.

Bukan itu sahaja, animasi tersebut juga pernah membolot banyak anugerah di luar negara seperti Best Animated Short di Golden Femi Film Festival 2020 Bulgaria, Global Short Film Awards, New York, Lost Angeles Animation Festival, dan International Motion Picture Awards, Canada.

Pengkarya animasi tersebut , Mohamed Khairi Ibrahim dalam ucapannya di majlis tersebut berkata, dirinya yakin pengisahan dari suku kaum Iban tersebut punyai kekuatan yang tersendiri.

“Satu penghargaan bagi saya dapat berada di sini dan juga bagi mereka yang mahukan saya berada di sini.

“Terima kasih pada keluarga yang mempercayai saya, anugerah ini buat semua bangsa Iban yang berada di Sarawak,” katanya ketika berucap selepas memenangi anugerah tersebut di Memorial Maria Luisa, Asturias, Sepanyol, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Ameir Hamzah Hashim berkata, karya tersebut dengan jayanya telah mengharumkan nama negera atas deretan kemenangan anugerah di festival filem di luar negara.

Menurutnya, Mohamed Khairi Ibrahim atau lebih mesra dikenali Aie Ibrahim telah memilih karya berlatarbelakangkan budaya kehidupan suku kaum dayak di Borneo melalui aspek kerohanian dan spiritual serta penglibatan alam semulajadi.

“Keperitan hidupnya (Aie Ibrahim) diawal waktu menceburu bidang tersebut mendorongnya untuk terus maju dan bersemangat menghasilkan karya-karya yang membanggakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Amir, pereka animasi Usop Santorian itu juga yakin pengisahan dari suku kaum Iban itu mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi nilai kormesial dan budaya yang boleh mengangkat martabat karya di pentas dunia.

“Semoga Aie Ibrahim terus mengharumkan nama negara dipersada dunia dengan penghasilan karya-karya animasi yang mampu membuka mata semua pihak.

“Seterusnya menjadi inspirasi kepada pengiat industri seni negara terutamanya dalam bidang animasi,” ujarnya -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI