fbpx

Jebat Jayden runsing kenapa Sharnaaz, Nabila tidak serumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jebat (gambar kecil) sudah pandai bertanya mengapa ibu bapanya kini tidak lagi tinggal sebumbung seperti dulu.

PETALING JAYA – “Kenapa rumah mommy tiada baba? Mengapa tidak tinggal bersama?”

Demikian pertanyaan spontan anak pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang tertanya-tanya mengenai situasi ibu bapanya yang tidak lagi sebumbung.

Menerusi video dimuat naik dalam Instagram, Sharnaaz pada mulanya enggan menjelaskan situasi sebenar rumah tangganya kerana bimbang tidak difahami anak kecil itu.

Jebat tetap meminta jawapan daripada bapanya meskipun baru berusia tujuh tahun.

Tidak mahu mengecewakan Jebat, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, akhirnya menjelaskan status sebenar hubungan bersama Noor Nabila.

“Sebab mommy dan baba sudah berpisah. Disebabkan itu mommy kahwin lain sebelum ini.

“Tapi baba tidak kahwin lain. Ada teman wanita sahaja. Sebab takut nak kahwin.

“Tunggulah baby (Jebat Jayden) besar sikit nanti barulah baba kahwin semula,” jawabnya kepada Jebat.

Dalam masa sama, pelakon filem The Original Gangster itu turut terkejut dengan perkembangan anak tunggalnya yang sudah pandai melontarkan soalan matang.

“Anak baba dah besar sudah. Soalan dia makin tajam ya kawan-kawan.

“Tidak mengapa, anak baba memang sempoi dan sangat memahami.

“Kami ada kehidupan secara berasingan tetapi hanya satu kehidupan bersama anak lelaki kami. Sayang awak, kawan baik saya,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular, Neelofa itu pada Mac 2017.

Jodoh tidak berpanjangan, mereka bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden, 7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI