fbpx

SkyWorld terima anugerah Majikan Terbaik 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SkyWorld menerima pengiktirafan kali kelima daripada Kincentric sebagai Majikan Terbaik 2023.

PETALING JAYA – SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) menerima anugerah Majikan Terbaik 2023 oleh Kincentric selain dinobatkan sebagai salah satu syarikat terbaik untuk bekerja di Malaysia.

Anugerah tersebut menilai syarikat berdasarkan empat nilai utama iaitu penglibatan pekerja, ketangkasan syarikat, kepimpinan yang menarik dan penumpuan terhadap bakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan kali kelima itu membuktikan SkyWorld merupakan sebuah syarikat yang mempunyai reputasi tinggi seiring dengan nilai teras yang dipegang oleh syarikat tersebut.

“Di SkyWorld, kami mempunyai budaya ‘on-boarding’ yang holistik, latihan amalan terbaik dalam industri serta program penglibatan pekerja yang inklusif.

“Pengiktirafan kali kelima ini membuktikan kami memegang nilai teras kami iaitu berani memimpin, berbincang dan selesaikan dalam operasi harian,” katanya dalam kenyataan.

Chee Seng berkata, SkyWorld juga memegang teguh dengan pepatah ‘pekerja menjaga perniagaan’ yang membuktikan kejayaan yang diperoleh adalah berpaksikan pekerja yang sentiasa menyokong inisiatif syarikat.

“Di SkyWorld, kakitangan dapat merasai dan menikmati pelbagai faedah daripada sebarang acara, program atau produk sebelum ia dilancarkan kepada umum.

“Dalam pada itu, syarikat juga sentiasa menghargai bakat sedia ada serta berkebolehan yang sudah pastinya bakal menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam jangka masa panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI