fbpx

Menyorok di siling rumah elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam Ops Sapu di Taman Daya, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Sebahagian warga asing sanggup menyorok di atas siling rumah bagi mengelak daripada dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam satu operasi di Taman Data,di sini.

Bagaimanapun, tindakan itu berjaya dihidu pihak berkuasa dan menahan seramai 44 individu dalam serbuan Ops Sapu melibatkan sebanyak 13 premis tersehut.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir berkata, tindakan penguatkuasaan itu susulan maklumat awam menyatakan terdapat sejumlah warga asing tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah di kawasan tersebut.

“Daripada seramai 93 warga asing diperiksa, 44 daripadanya ditahan kerana dipercayai telah melakukan kesalahan termasuk mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata, warga asing yang ditahan juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Mereka yang ditahan dalam lingkungan usia 11 bulan hingga 53 tahun terdiri daripada 20 lelaki, 13 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia serta sembilan lelaki dan seorang wanita warga Myanmar. Mereka ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI