fbpx

6 sekeluarga maut kereta rempuh lori berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merempuh sebuah lori rosak di tepi jalan mengorbankan enam sekeluarga. - SPECIAL ARRANGEMENT

NEW DELHI – Enam sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori rosak yang berhenti di tepi jalan, di Lebuhraya Nasional 65, negeri Telangana, lapor akhbar The Hindu semalam. 

Menurut pegawai pihak berkuasa tempatan, M. Sridhar Reddy, kejadian berlaku ketika 10 orang daripada keluarga itu dalam perjalanan ke sebuah gereja dari Hyderabad ke Vijayawada.

“Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang bergerak dengan kelajuan 62 hingga 68 kilometer sejam (km/j) itu merempuh sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan sekitar pukul 4.45 pagi (waktu tempatan). Ia menyebabkan enam orang maut, manakala empat lagi cedera,” katanya.

“Lori itu rosak di tepi jalan kerana kegagalan gandar sekitar 4.15 (waktu tempatan) pagi Khamis. Ketika pemandu lori membuat panggilan, kemalangan itu berlaku,” tambah pegawai itu.

Antara mangsa yang maut ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. Kesemua mayat telah dihantar di Hospital Kerajaan Kodad untuk dibedah siasat.

Sementara itu, semua mangsa yang cedera turut dibawa ke dua hospital terdekat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI