fbpx

Penumpang pesawat rakam UFO berbentuk silinder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REYES merakamkan video UFO berbentuk selinder di langit Lapangan Terbang LaGuardia, New York baru-baru ini. - Foto Michelle Reyes

NEW YORK – Seorang ibu yang duduk bersama anak perempuannya di tepi tingkap sebuah pesawat terkejut apabila melihat satu objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk silinder terbang di langit Bandar Raya New York, lapor akhbar Metro UK semalam.

Michelle Reyes, merakam video objek misteri itu di sekitar Lapangan Terbang LaGuardia baru-baru ini dan menghantarnya kepada pihak berkuasa persekutuan.

“Perkara pertama yang saya lakukan adalah menghantar e-mel kepada FAA (Pentadbiran Penerbangan Persekutuan) untuk memberitahu mereka apa yang saya lihat.

“Malangnya, saya tidak mendapat maklum balas daripada mereka (pihak FAA),” katanya kepada program Banfield di stesen televisyen News Nation pada malam kelmarin.

Reyes turut menunjukkan rakaman itu kepada bapanya yang berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat.

“Dia tidak tahu apakah objek itu. Dia juga bingung seperti saya,” katanya.

Pengacara siaran UFO Witness di saluran Discovery+, Ben Hansen berkata, pasukannya telah menganalisis video Reyes dan mendapati tiada bukti bahawa dia memalsukan atau menipu kandungan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI