fbpx

Dua hari atas pokok, ‘si bulus’ akhirnya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan 'si bulus' di sebatang pokok kelapa berhampiran Jeti Wak Sempoh, Kampung Bagan Lalang.

SEPANG – Selepas dua hari bermalam di atas pokok kelapa setinggi 20 kaki berhampiran Jeti Wak Sempoh, Kampung Bagan Lalang di sini, ‘si bulus’ akhirnya berjaya diselamatkan dan di bawa turun kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Difahamkan, kucing kampung berbulu hitam itu memanjat pokok kelapa berkenaan selepas dikejar seekor anjing sebelum berjaya di bawa turun sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang.

Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Razi Sabri ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung pada pukul 2.15 petang sebelum tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

“Kami terpaksa menggunakan tangga bagi menyelamatkan kucing berkenaan. Mula-mula kucing itu takut sebaik didekati mungkin sebab dua hari terperangkap atas pokok. Selepas sesi pujuk memujuk, si bulus bagi kerjasama dan di bawa turun.

“Kami tidak sempat nak rakam gambar kucing itu kerana sebaik tiba di atas tanah, kucing itu terus lari tanpa sempat kami beri makan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI