fbpx

Polis buka siasatan kes tular langgar lari di Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran dimuat naik oleh seorang pemilik Twitter berkenaan kes langgar lari di Jalan Sitiawan - Taiping baru-baru ini.

TAIPING – Polis Taiping membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan tular mengenai kejadian langgar lari seorang kanak-kanak di Jalan Sitiawan-Taiping baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihak polis mengesan satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @Malaysianvirall memaparkan dua keping foto tentang kejadian itu sehingga tular di media sosial.

“Kemalangan itu berlaku pada 3 Mei lalu kira-kira pukul 7.30 malam di lokasi tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan sebuah motosikal.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda didakwa melarikan diri selepas kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati, kedua-dua pihak yang terlibat dalam kejadian itu telah tampil membuat laporan polis pada keesokannya.

“Susulan daripada laporan itu, satu kertas siasatan telah dibuka. Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh di jalan awam,” katanya.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang menaiki motosikal itu mengalami kecederaan luka di bahagian tangan, kaki dan muka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI