fbpx

Suspek skandal 1MDB berjaya dicekup lepas enam tahun hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang individu terlibat dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. (SRC) hasil kerjasama dengan agensi penguat kuasa luar negara.

Menurut sumber, lelaki itu disiasat SPRM kerana disyaki menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada 3 Mei 2023 jam 3.30 pagi.

“Sebaik tiba di KLIA2, beliau yang menghilangkan diri sejak 2018 kemudian diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi kelmarin.

“Pegawai SPRM telah merakamkan keterangan beliau dan penggeledahan rumah telah dilakukan pada hari yang sama,” katanya hari ini.

Sumber berkata, hasil siasatan mendapati individu berkenaan dipercayai menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC melalui akaun bank syarikat dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

Sebelum ini, SPRM dengan kerjasama Commercial Affairs Departments Singapura (CAD Singapura) melaporkan berjaya menyita akaun bank milik Wright Shaw Limited berjumlah kira-kira USD 5.2 juta (RM23.07 juta).

Selain itu, siasatan juga membuktikan bahawa beliau telah menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

“Pada 26 April 2023, SPRM dengan kerjasama CAD Singapura berjaya membawa pulang wang dianggarkan berjumlah RM16 juta daripada syarikat Totality Limited milik Tang Keng Chee.

“Tang Keng Chee ataupun dikenali sebagai Casey Tang merupakan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB dari tahun 2012 hingga 2013.

“Beliau terlibat dengan 1MDB yang ketika itu dikenali Terengganu Investment Authority (TIA) sehingga 2011,” jelasnya.

Menurutnya, kospirasi suspek adalah mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan AS$700 juta kepada Good Star Ltd yang didakwa dimiliki oleh Low Taek Jho (Jho Low).

“SPRM dipercayai mengeluarkan waran tangkap (Red Notice) bertarikh 29 Jun 2018 terhadap Keng Chee yang masih tidak dapat dikesan dan menghilangkan diri kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan perkara itu dan berkata SPRM kini sedang berusaha untuk membawa pulang beberapa lagi aset daripada individu-individu yang terlibat di Singapura.

SPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI