fbpx

Mati ditetak ketika jaga kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Seorang penternak kambing mati ditetak dipercayai dengan parang oleh dua lelaki dalam kawasan semak di Kampung Perepat, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun parah di kepala, tangan dan badan sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, semasa kejadian mangsa dikatakan sedang menjaga kambing peliharaannya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

“Suspek tersebut kemudiannya terus menetak mangsa di dalam semak berhampiran menyebabkan kecederaan pada kepala, tangan dan badan mangsa.

“Penternak kambing itu telah dibawa ke HTAR untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan punca atau motif kejadian masih dalam siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru itu, Vijaya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Hanis Idris di talian 019-909 9763 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara 03-3291 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI