fbpx

Dua anggota bomba cedera padam kebakaran kilang papan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ARIF diberi rawatan awal oleh pasukannya selepas cedera akibat terkena kaca ketika melakukan operasi pemadaman kilang papan di Perindustrian Bukit Rambai hari ini.

MELAKA – Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu di sini cedera dalam operasi pemadaman kebakaran sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini, hari ini.

Dalam operasi kira-kira pukul 1 petang itu, Pegawai Bomba, Mohd. Arif Akmal Zulkifli cedera pada bahagian rusuk kanan akibat terkena kaca, manakala Pegawai Bomba Bantuan Mohd. Ariffin Razid cedera di tengkuk disebabkan lelehan air panas.

Komander Operasi BBP Tangga Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fazzil Yusof berkata, kedua-dua mangsa tercedera ketika sedang mengawal kebakaran yang merebak hampir 60 peratus di kawasan berkeluasan 200 kaki persegi.

“Kita menerima panggilan pada pukul 11.20 pagi dan 25 anggota telah dikejarkan ke lokasi bersama tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua jentera tangki air.

“Semasa operasi pemadaman dibuat, dua anggota telah mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, Mohd. Ariffin tercedera apabila bumbung kilang tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa badan mangsa.

“Bagaimanapun pakaian perlindungan diri (PPE) yang dipakainya berjaya menghalang daripada terjadinya kemalangan lebih besar.

“Setakat pukul 4 petang tadi operasi pemadaman masih dilakukan, namun tiada kemalangan jiwa melibatkan pekerja kilang berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI