fbpx

Pelesit rempit redah 60km buat bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki dan motosikal yang ditahan polis dalam operasi di sekitar Tanjong Karang, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Tindakan sembilan ‘pelesit rempit’ meredah sejauh 60 kilometer (km) membuat bunyi bising pada waktu malam memakan diri apabila diberkas di Tanjung Karang di sini, semalam.

Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an tahun yang menetap di luar daerah ini ditahan dalam Operasi Cegah Samseng Jalanan, kira-kira pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati kebanyakan mereka dari Klang dan sanggup datang di daerah ini untuk membuat bising dengan motosikal.

Katanya, operasi itu dijalankan hasil aduan bunyi bising yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat.

“Pemeriksaan mendapati semua lelaki itu melakukan kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menunggang di bawah usia 16 tahun, tiada cukai jalan dan insurans.

“Mereka juga melakukan kesalahan melibatkan nombor plat, ubah suai ekzos dan aksesori tidak lengkap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis mengeluarkan sebanyak sembilan saman kepada individu tersebut. Ramli menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan menghormati masyarakat setempat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI