fbpx

Guru besar ditahan disyaki makan rasuah RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Guru besar sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira pada pukul 10.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin sekolah berkenaan sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI