fbpx

Pengakuan jujur Song hye-kyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktres The Glory, Song Hye-kyo memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Baeksang Arts Awards 2023.

KEHEBATAN lakonan dalam drama siri Netflix, The Glory, telah melayakkan pelakon Song Hye-kyo memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Baeksang Arts Awards.

Namun, tumpuan lebih diberikan kepada ucapan dan pengakuan jujur pelakon wanita itu sememangnya mendambakan sebuah anugerah.

“Saya menerima anugerah, Park Yeon-jin (pelakon antagonis The Glory). Saya sangat teruja sekarang.

“Sebenarnya, saya memang mengimpikan untuk menerima anugerah ini.

“Terima kasih kerana memberikannya kepada saya.

“Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan produksi dan barisan pelakon yang bekerja tanpa jemu untuk menghasilkan drama The Glory,” katanya ketika menerima trofi di pentas Baeksang Arts Awards.

Seisi dewan ketawa dan memberikan tepukan gemuruh selepas mendengar ucapan yang diberikan oleh pelakon jelita itu.

Malah, peminat turut sama memuat naik klip video ucapan Hye-kyo dalam laman sosial dan mengucapkan tahniah atas kemenangan yang diraih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI