fbpx

Projek tambak laut mula antara Ogos hingga Oktober tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) memotong kek sempena Majlis Santai Aidilfitri di Taman Tangling, Simpang Ampat hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN /KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kerja pembinaan projek tambakan laut selatan (PSR) atau kini dikenali sebagai Penang South Island (PSI) hanya akan dimulakan selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bagaimanapun menjangkakan, kelulusan EMP tidak akan mengambil masa yang lama sekali gus membolehkan projek berkenaan dimulakan pada suku ketiga tahun ini.

“Kelulusan EMP dijangka tidak akan mengambil masa panjang seperti kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) dan ianya diuruskan oleh peringkat negeri.

“Mengikut amalan biasa, ia boleh diluluskan dalam masa mungkin dua bulan, dijangka boleh lah (lulus) sebab setiap agensi pun ada petunjuk prestasi utama (KPI) KPI yang perlu dipatuhi.

“Dalam peringkat ini, jika JAS merasakan EMP yang bakal kita kemukakan masih tidak lengkap, mereka boleh beri maklum balas dan kita akan semak dan tambah baik,” katanya selepas menghadiri Majlis Santai Aidilfitri Parlimen Batu Kawan dan Kadun Bukit Tambun di Taman Tangling.

Semalam, media melaporkan EIA bagi projek PSI akhirnya diluluskan JAS dengan 71 syarat yang perlu dipatuhi menerusi surat kepada kerajaan Pulau Pinang bertarikh 11 April lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri komited untuk memastikan kesemua syarat yang ditetapkan dipatuhi bagi melancarkan proses kelulusan EMP.

“Kita akan minta pakar kaji bagaimana kita nak tunaikan kerana 71 syarat itu sebenarnya bukan perkara baru dan telah pun dirundingkan di peringkat teknikal, tetapi kita akan muktamadkan bagi memastikan proses kelulusan EMP lancar,” jelasnya.

Projek PSI merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.

Bagaimanapun, projek PSI itu mendapat bantahan daripada komuniti nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar di negeri ini kerana didakwa akan merosakkan ekosistem laut di perairan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI