fbpx

Soon Huat-Shevon ke separuh akhir BAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas menewaskan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia.

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai memastikan tempat ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Bin Hamdan, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan empat terakhir selepas menewaskan beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-17, 15-21, 21-19.

Keputusan itu menyaksikan mereka memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun.

Menanti Soon Huat-Shevon di separuh akhir esok adalah pemenang antara beregu Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara dalam acara beregu campuran adalah pada 2010 menerusi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan gandingan Korea Selatan, Yeo Yeon Seong-Kim Min Jung 21-17, 20-22, 21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI