fbpx

Johari ganti Hishammuddin sebagai Bendahari Agung BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari

PETALING JAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) menggantikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi berdasarkan Fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN.

Setiausaha Agung BN, Datuk seri Zambry Abd. Kadir berkata, dua lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Khaled Nordin serta wakil PBRS, Datuk Freddy Sua dilantik menganggotai Dewan Tertinggi BN.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi sebagai ahli Dewan Tertinggi mewakili pergerakan masing-masing.

Sementara itu, Zambry turut menegaskan bahawa, Dewan Tertinggi BN sebulat suara akan mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai BN.

“BN komited untuk bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan.

“BN menyeru semua pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin,” jelas beliau.

Kata Zambri lagi, Dewan Tertinggi BN juga dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Perbincangan juga melibatkan model kerjasama antara BN bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI