fbpx

Ira Kazar disindir, ‘you jangan buat hal’ ketika beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH video pendek isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar tular menerusi TikTok memaparkan dirinya diperli seorang lelaki sebelum bersalam-salaman ketika beraya.

PETALING JAYA – Isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar mencuri perhatian ramai apabila diperli ‘manja’ seorang lelaki yang dipercayai bapa saudaranya ketika beraya bersama keluarga.

Menerusi TikTok, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, dilihat berbaju kebaya bermotifkan floral menunggu giliran untuk bersalam-salaman dengan sanak saudara.

Seorang lelaki berbaju Melayu hitam difahamkan bapa saudaranya itu memanggil Ira sebelum memeluknya dan memberi pesanan agar dia tidak buat hal sebelum diiringi derai tawa saudara mara lain.

You jangan buat hal lah. You baru, you jangan buat hal,” demikian kata lelaki itu.

Madu kepada pelakon Puteri Sarah itu bagaimanapun mendiamkan diri dan berlalu berpaling dengan wajahnya sedikit berubah menerima teguran terbabit.

Bagaimanapun, suami Ira iaitu Syamsul tidak kelihatan dalam video tersebut.

Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meninggalkan rencam komen terhadap gelagat yang mencuri perhatian itu.

“Terima kasih pak cik, (pendapat) anda mewakili kami.

“Pak cik dia cakap biasa-biasa je tu. Kalau lagi pedas tak tahulah,” demikian antara komen ditinggalkan netizen.

Sekadar info, pada awal 2023, Syamsul mendedahkan menerusi platform media sosialnya sudah berkahwin secara sah dengan Ira di Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI