fbpx

Kedah didesak bina loji air mini di Kuala Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Muthalib (dua dari kanan) beramah mesra dengan tetamu di majlis rumah terbukanya di Taman Rakyat, Mergong di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah didesak supaya membina sebuah loji mini di Kuala Kedah, di sini bagi menyelesaikan isu air di kawasan itu yang semakin meruncing terutama pada musim perayaan.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun berkata, cadangan pembinaan loji tersebut sudah dibangkitkan sejak tiga tahun lalu bagi menyelesaikan masalah dihadapi kira-kira 35,000 akaun pengguna di situ.

Namun katanya, sehingga kini tiada sebarang langkah diambil bagi memastikan pembinaan loji tersebut menjadi kenyataan.

“Pernah juga perkara itu dibangkitkan dalam satu forum bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tetapi jawapan diberikan pihak kerajaan negeri adalah loji mini itu tidak sesuai dibina di Kuala Kedah.

“Sedangkan di tempat-tempat lain, kita lihat pembinaan loji mini mampu menyelesaikan masalah bekalan air. Bagi kami, perkara ini boleh direalisasikan sekiranya kajian dilaksanakan termasuk dengan kerjasama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka dianjurkannya di Taman Rakyat, Mergong di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, masalah bekalan air di Kuala Kedah telah lama berlaku, namun tiada tindakan proaktif daripada kerajaan negeri menyebabkan penduduk ‘menderita’ setiap kali musim perayaan.

Dakwanya, setiap kali penduduk membuka paip, yang keluar hanyalah angin dengan aduan dikemukakan melalui pusat panggilan Syarikat Air Darul Aman (SADA) juga tidak menerima sebarang jawapan tuntas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI