fbpx

Ramai keluar beraya, trafik mulai perlahan di beberapa jalan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara kelihatan mulai perlahan ekoran orang mula keluar beraya pada pertama Syawal.

Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik dari Rawang ke Sungai Buaya kelihatan perlahan ekoran kemalangan di KM 442.2 arah Utara.

“Trafik juga perlahan dari Greenwood ke Sri Gombak, arah Timur sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan di KM 35.3 ke Terowong Genting Sempah.

“Trafik juga perlahan di Lebuh Raya Cheras – Kajang dari Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan AM (PGA) ke pusat bandar,” katanya.

Selain itu, trafik dilaporkan perlahan dari arah utara (Plaza Tol Skudai ke Senai) dan arah selatan (Nilai ke Bandar Ainsdale dan Senawang ke Pedas Linggi).

Trafik turut perlahan di Senai ke Hentian Sebelah Kulai, Plaza Tol Kempas, Plaza Tol Skudai dan di Lebuh Raya Damansara-Puchong dari arah Puchong Indah ke Puchong Intan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI