fbpx

Sumbang untung lemang beli peralatan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hydier (kiri) sedang melayan pelanggan di gerainya hari ini.

KUALA LANGAT- Golongan belia di Gugusan Salak di sini mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengimarahkan bulan Ramadan apabila menyumbangkan keuntungan jualan lemang bagi pembelian peralatan pengurusan jenazah.

Pengerusi pertubuhan Belia Gugusan Salak (Bagus), Muhammad Hydier Hamid berkata, pihaknya mensasarkan untuk menjual 28,000 batang lemang sehingga tamat syawal nanti.

“Kita telah beroperasi sejak 12 tahun lalu dengan setiap hasil untung lemang disumbangkan kembali kepada masyarakat.

“Antaranya, van jenazah, kit pengurusan jenazah, bantuan persekolahan dan lain-lain. Pada tahun ini, kami bercadang menyumbang peralatan iaitu tempat pemandian jenazah,” katanya ketika ditemui di sini, petang ini.

Menurut Muhammad Hydier, perniagaan lemang semakin laris dengan promosi melalui media sosial dan berjaya menjual melebih 5,000 lemang setakat ini.

Tambah beliau, kebanyakan pelanggan adalah dari kawasan sekitar dan luar Lembah Klang teramasuk Subang Jaya, Shah Alam, Klang yang dihantar menggunakan khidmat grab makanan.

“Lemang dijual antara RM16 hingga RM20 mengikut saiz dan pengoperasian gerai ini melibatkan 30 kru termasuk remaja lepasan sekolah untuk didedahkan kepada aktiviti perniagaan lemang,” katanya.  -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI