fbpx

Esok raya, trafik makin sesak di Plaza Tol Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar televisyen litar tertutup (CCTV) situasi trafik di kawasan pintu masuk Plaza Tol Gombak, pagi tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan pada pagi ini berikutan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan tol percuma.

Menerusi hantaran di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, ia melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

“Trafik perlahan sebelum pintu masuk Plaza Tol Gombak dan di Kilometer 34.9 Terowong Genting Sempah pada pukul 8.18 pagi tadi.

“Sementara itu, pada pukul 8.17 pagi tadi trafik perlahan dari Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI