fbpx

Lelaki nafi tipu jual beli iPhone 13 Pro di Carousell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Pilah - Gambar Hiasan

KUALA PILAH – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan jual beli telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro di laman Carousell dengan nama page Siti Cameliaa.

Tertuduh, Azar Zafri Shahri, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, pada 2 April lalu lebih kurang pukul 2.48 petang sehingga 10.27 malam di sebuah kampung di Tanjung Ipoh, di sini, didapati telah memperdayakan seorang lelaki berusia 25 tahun dengan sengaja mendorong lelaki itu supaya menyerahkan wang berjumlah RM1,800 melalui perbankan online kepada akaun tertuduh bagi tujuan pembayaran pembelian telefon bimbit jenis IPhone 13 Pro.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan telah dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,200 dan menetapkan 18 Mei untuk tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI