fbpx

Relawan Yayasan Rahmah dilancar bantu perkasa skim Payung Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin beramah mesra dengan Yayasan Relawan Rahmah pada Majlis Iftar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN 2023) di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Relawan Rahmah dalam usaha memperkasakan segala skim di bawah Payung Rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya juga yakin aktivis di bawah Yayasan Rahmah Malaysia mampu membantu KPDN dalam segala program dianjurkan.

“Badan bukan kerajaan ini ditubuhkan oleh beberapa pihak yang tertarik dengan kejayaan Payung Rahmah menangani isu kos sara hidup rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kumpulan perintis Relawan Rahmah pada Majlis Iftar Ramadan KPDN, tadi.

Mengulas lanjut, Salahuddin menambah, beliau optimis yayasan itu mampu berfungsi selaras dengan terma penubuhannya yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Meskipun ia guna perkataan Rahmah, kita di KPDN turut memantau rapi termasuk buat audit kewangan yayasan ini agar ia tidak lari terpesong daripada matlamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI