fbpx

Masalah perkongsian talian internet bakal selesai Jun – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika berucap pada Program Pakej Perpaduan Program Perumahan Rakyat (PPR)/PA @MyKabel di PPR Kerinchi, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Masalah perkongsian talian internet yang dihadapi oleh sebahagian pengguna kemudahan tersebut di seluruh negara bakal diselesaikan pada atau selepas Jun nanti.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihak kementerian akan menyelesaikan masalah ‘network sharing’ (perkongsian rangkaian) ini secara berfasa dan pihak kementerian juga sudah mengadakan siri-siri perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi terlibat.

“Ketika ini Perdana Menteri juga telah mengarahkan Kementerian Komunikasi dan Digital untuk adakan ‘review’ pelaksanaan rangkaian internet pantas 5G, maka itu fokus kita sehingga selesai.

“Pada masa sama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengadakan siri perbincangan dengan syarikat telekomunikasi dan telah mengenal pasti cara untuk kita mendapatkan jurang dan menyelesaikan masalahh talian internet ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Program pakej Perpaduan Program Perumahan Rakyat PPR/PA @Mykabel di PPR Kerinchi, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, walaupun rangkaian capaian internet 4G diseluruh negara telah mencapai 96.92 peratus kawasan berpenduduk, namun tidak bermaksud semua syarikat telekomunikasi mempunyai capaian yang sama.

“Bagi memastikan internet itu mempunyai capaian yang sama atau hampir sama, kita perlu memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi ini menggunakan peralatan yang tertentu.

“Untuk itu kemungkinan perkara ini akan selesai sekitar Jun atau tidak terlalu lama selepas bulan Jun kita dapat kurangkan masalah perkongsiann talian internet itu oleh pengguna yang terlibat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI