fbpx

JDT sedia pertahan kejuaraan Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLARI berharap pemain dapat beraksi seperti biasa dan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri.

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari enggan mendabik dada sebaliknya kekal menghormati pasukan lawan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) menjelang aksi pu­singan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan merupakan juara bertahan Piala FA musim lepas dan mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri tahun ini selepas me­raih lapan kemenangan berturut-turut dalam kancah Liga Super.

Situasi itu me­nyaksikan JDT tidak mempunyai masalah mara ke peringkat suku akhir Piala FA dan dijangka menewaskan skuad The Cops kendalian Azzmi Aziz nanti.

Namun, Solari lebih gemar berfikiran positif selain percaya PDRM boleh melakar kejutan se­perti dilakukan ketika menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Liga Super sebelum ini.

“Saya anggap PDRM FC boleh jadi pembunuh gergasi kerana mereka berjaya menang ke atas Kedah di gelanggang lawan dan saya percaya mereka boleh mencipta kejutan apabila menentang mana-mana pasukan.

“Justeru, saya tidak mahu pasukan terlalu yakin sebaliknya kekal berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan oleh pasukan lawan.

“Apa yang pasti, saya harap pemain dapat beraksi seperti bia­sa dan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri dalam usaha mara ke peringkat seterusnya nanti,” kata pengendali import dari Argentina itu.

Sementara itu, Solari memberi bayangan kemungkinan bakal merombak pasukan dalam kesebelasan utama untuk memberi peluang kepada pemain yang kurang mendapat minit permainan sebelum ini.

“Saya belum pasti sama ada akan buat penggiliran pemain atau sebaliknya, semua bergantung kepada sesi latihan terakhir nanti dan siapa sahaja yang diturunkan perlu beri 100 peratus di atas padang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI