fbpx

[VIDEO] Seorang mangsa bot karam Sungai Penawan ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Joffizan ditemui orang awam dalam keadaan terapung di tepi sungai kira-kira pukul 4.30 petang hari ini. -Foto: Ihsan Bomba

SAPULUT – Mayat seorang daripada tiga mangsa hilang membabitkan kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sinsingon, kelmarin ditemui petang tadi..

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa Joffizan Joffrinos, 9, ditemui orang awam dalam keadaan terapung di tepi sungai kira-kira pukul 4.30 petang

“Operasi pencarian memasuki hari ketiga dan dimulakan pada pukul 8.31 pagi. Lokasi pencarian bermula daripada Jeti Salung ke Kampung Pagalungan.

“Seorang mangsa kanak-kanak lelaki ditemui orang awam kira-kira 15 kilometer dari lokasi bot dikatakan karam. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, operasi pencarian ditangguhkan kira-kira pukul 5 petang tadi dan disambung esok pagi.

Dalam kejadian Selasa lalu, Joffrinos Palandok, 36, bersama isteri Lerina Rody, 26, dan tiga anak mereka iaitu Carbrineleyvonne, 7, Joffizan, 9, dan Jilan, 5, menaiki bot untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Sinsingon dari kebun.

Bagaimanapun, bot yang mereka naiki dipercayai karam sebaik tiba di lokasi kejadian ekoran arus sungai yang deras sebelum mayat Lerina ditemui oleh penduduk kampung pada pukul 3.15 petang kelmarin, manakala Joffrinos dan Jilan berjaya menyelamatkan diri.

Namun Carbrineleyvonne dan Joffizan serta seorang lelaki iaitu Lasimin Mantun, berusia 38 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI