fbpx

Empat individu ditahan, diesel subsidi hampir 60,000 liter disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa KPDN Perak memeriksa tangki disyaki mengandungi minyak diesel diseleweng di kawasan nelayan di Pantai Remis, Lumut dalam operasi pagi semalam. - Foto IHSAN KPDN PERAK

LUMUT – Empat lelaki ditahan manakala 58,351 liter minyak diesel disyaki diseleweng, dirampas dalam serbuan di kawasan nelayan di Pantai Remis di sini pagi semalam.

Dalam Ops Tiris kira-kira pukul 11 pagi itu, pemeriksaan oleh dua pasukan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, di dua premis di kawasan tersebut menemui lima tangki disyaki mengandungi minyak diesel bersubsidi tersebut.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata operasi yang turut disertai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung itu kemudian menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 24 hingga 62 tahun di premis tersebut.

“Arahan Pengisytiharan Stok dan Mengemukakan Maklumat/Dokumen di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) telah dikeluarkan terhadap kedua-dua premis tersebut.

“Kedua-dua premis didapati tidak mempunyai lesen yang sah bagi aktiviti menjual minyak diesel secara runcit dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua barangan dokumen dan cecair yang disyaki minyak diesel disita dengan nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM96,279.

Beliau memaklumkan, kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI