fbpx

KPDN salur Bakul Rahmah kepada pemandu, penghantar Grab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (tengah) bergambar kenangan selepas menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada pemandu dan penghantar Grab.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyalurkan sumbangan Bakul Rahmah kepada rakan pemandu dan penghantar Grab yang aktif.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu adalah sebagai tanda penghargaan di atas usaha dan dedikasi golongan berkenaan kepada rakyat.

Katanya, seiring dengan program Payung Rahmah untuk meringankan beban kos sara hidup, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada kempen ‘Raya Lagi Mantap’ di bawah ‘GrabBenefits’ khusus untuk rakan pemandu dan penghantar.

“Program GrabBenefits ini tertumpu kepada kebajikan rakan pemandu dan penghantar berdasarkan perlindungan, penjimatan dan akademi.

“Sebagai contoh, setiap Bakul Rahmah yang ditaja oleh Jaya Grocer dan Grab Malaysia mengandungi keperluan memasak dan barangan hari raya selaras dengan elemen penjimatan GrabBenefits.

“Ini akan membantu rakan pemandu dan penghantar berjimat, termasuk diskaun khas pelbagai barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bakul Rahmah Sumbangan Grab Malaysia di Grab Driver Centre, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin Ayub berkata, sumbangan tersebut diedarkan kepada 50 wakil yang akan diperluaskan kepada rakan pemandu dan penghantar Grab.

“Saya mengalu-alukan usaha syarikat Grab Malaysia dan Jaya Grocer, yang menyediakan kemudahan penjimatan. Selain itu, program holistik seperti GrabBenefits jelas memberi manfaat besar kepada rakan-rakan Grab,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI