fbpx

Surat terbuka Syada Amzah, takkan kongsi foto ND Lala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDEDAHKAN tidak mempunyai akses untuk berhubung dengan bapanya, Syada menulis sepucuk surat terbuka kepada ND Lala dalam Instagram.

PETALING JAYA – Adik kepada Shila Amzah yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Syada Amzah tidak akan lagi memuat naik foto bapanya, Datuk ND Lala yang berkahwin dengan wanita lain.

Syada atau nama sebenarnya, Nursyuhada Amir Amzah mendedahkan dia terpaksa menulis ‘surat’ terbuka dalam Instagram memandangkan bapanya itu tidak lagi ingin berhubung dengannya.

“Buat ayah, tiada lagi gambar anda bermula hari ini.

“Surat terbuka kerana tiada siapa yang mempunyai akses untuk bercakap dengan anda,” coretnya menerusi hantaran status terbaharu dalam Instagram.

Mengambil kesempatan merakamkan ucapan ulang tahun kelahiran ND Lala yang ke-62 hari ini, Syada bagaimanapun reda apabila bapanya itu meninggalkan keluarga dan memilih orang lain.

“Selamat hari ulang tahun ke-62. Terima kasih untuk segala pengorbanan membesarkan kami empat beradik.

“Mewakili adik-beradik lain yang saya tahu kewujudannya, kami terima sepenuh hati anda memilih untuk pergi sekali lagi dan anda tak pilih kami.

“Kami sebenarnya dah lama tahu tapi sekarang semuanya terang lagi nyata. Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang anda dah pilih. Ucapan selamat hari raya awal buat anda,” tulis Syada yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai keretakan rumah tangga pasangan Datuk ND Lala dan isterinya yang dikahwini sejak 1989, Datin Fauziah Sarman.

Menerusi pendedahan yang dibuat oleh Fauziah sendiri, suaminya dipercayai telah beristeri muda yang difahamkan merupakan rakan Shila sendiri bernama Siti Munirah Abd. Ghani.

Menurut laporan media, Fauziah juga telah menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Isnin lalu.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia merupakan rakan sekolah Shila.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama melibatkan keluarga Shila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI