fbpx

Pemborong berlesen kantoi jual diesel kepada kenderaan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUATKUASA KPDN negeri memeriksa tiga daripada empat tangki diesel yang menempatkan bekalan minyak dipercayai dijual kepada kenderaan asing di Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Tindakan seorang pemborong minyak diesel disyaki menyeleweng dan menjual bahan bakar itu kepada kenderaan Thailand berjaya dipatahkan sepasukan penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Perlis di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, sepasukan penguatkuasa KPDN dan Polis Diraja Malaysia melalui Ops Tiris menyerbu premis yang terletak di kawasan perindustrian Padang Besar itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN negeri, Farah Adlina Ropaie berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, hasil semakan ke atas buku stok mendapati pemborong berlesen tersebut disyaki menjual minyak diesel untuk kegunaan industri kepada kenderaan bernombor pendaftaran Thailand.

“Susulan itu, sebanyak 26,000 liter minyak diesel dengan nilai rampasan sebanyak RM55,900 serta dokumen berkaitan disita untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat dan risikan, premis berusia lapan tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti penyelewengan bahan bakar tersebut sejak satu tahun lalu.

Seorang lelaki yang merupakan pemilik premis berusia lingkungan 40-an turut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kerana gagal menyelenggara buku stok kawalan dan boleh dikenakan tindakan mengikut Persatuan 13, Peraturan-peraturan Bahan Kawalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI