fbpx

Wanita buntu bakal suami bekas gengster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa buntu dan terkejut apabila pasangannya pernah menjadi ahli kongsi gelap sebelum ini.

Perkara itu didedahkan wanita terbabit apabila dia meminta pandangan di warga Twitter tentang tindakan yang patut diambil olehnya.

Lebih menakutkan, lelaki berkenaan melamarnya untuk menjadi isteri dan pernah menjadi kaki pukul serta terlibat dengan dadah.

Menurut wanita terbabit, lelaki berkenaan memilihnya kerana dia berperwatakan ayu, lembut dan menutup aurat, sesuai dengan ciri-ciri isteri solehah.

Tambahnya lagi, betul apa yang dikatakan orang lain berkenaan aib pasangan, kerana bila dah tahu, susah untuk terima.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menyuruh wanita tersebut untuk lari dan tinggalkan sahaja lelaki tersebut.

“Lari. Saya ada kawan macam lelaki tu. Depan isteri baik, tapi berbeza karakter bila belakang isteri. Jaga-jaga, bahaya,” komen Tyra Yusoff.

“Sebab tu kena cari yang sekufu. Kalau awak rasa tak boleh ‘go’ jangan dipaksa. Takut diri sendiri yang merana,” ujar pengguna lain.

Perkongsian itu menjadi tular di Twitter yang dikongsikan @brgsjks sehingga mendapat 152,000 tontonan, 133 ulang ciap dan 775 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI