fbpx

Saya juga terlibat dalam proses pengampunan diraja – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melambaikan tangan kepada penghuni PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam, selepas tamat program itu. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/ KOSMO!

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau antara individu yang terlibat dalam proses pengampunan diraja, atas kapasiti sebagai Perdana Menteri.

Anwar bagaimanapun menjelaskan hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja dapat memberikan pengampunan penuh kepada mana-mana individu, termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Proses pengampunan itu dibenarkan kepada sesiapa, Jadi hal ini boleh dibawa (oleh sesiapa).

“Tentunya, mereka perlu mematuhi peraturan yang mana, saya akan ada dalam proses itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan permohonan pengampunan diraja yang dipohon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi Najib kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas lebih kerana tidak mahu membawa perbahasan isu pengampunan dalam konteks awam.

“Saya tidak boleh beri komen lanjut kerana belum lihat lagi permohonan pengampunan yang diminta dan saya baru lihat resolusi yang UMNO nak bawa ini tapi saya tegaskan, hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh beri pengampunan penuh,” tegasnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dipetik berkata permohonan pengampunan itu dibuat setelah mendapati Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli menyatakan Najib dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Kenyataan itu diberikan Abdul Rahman pada pendengaran semula rayuan Najib bagi menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kes menyeleweng RM42 juta dana SRC International Berhad pada 31 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI