fbpx

Jualan akok nisey, jagung Aima laris bulan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AIMA NADIA menunjukkan akok ‘nisey’ (kiri) dan akok jagung yang dihasilkan olehnya untuk dijual di bazar Ramadan di Gua Musang kelmarin.– AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang suri rumah di sini mampu menjual sebanyak 300 biji akok ‘nisey’ (gula melaka), jagung dan biasa setiap hari di bazar Ramadan di pusat bandar Gua Musang sejak dua minggu lalu.

Nur Aima Nadia Arifin, 31, berkata, setakat ini, dia sudah menghasilkan hampir 10,000 biji akok tiga perisa itu bermula hari pertama Ramadan.

Menurutnya, meskipun berdepan persaingan daripada pengusaha kuih lain, sambutan akok ‘nisey’ dan akok jagungnya laris terjual setiap hari.

“Saya berniaga akok sejak enam tahun lalu dan menghasilkannya setiap Ramadan.

“Saya bersyukur apabila kuih akok yang dihasilkan mendapat sambutan,” katanya di sini kelmarin.

Katanya, dia yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang mengambil inisiatif membakar akok menggunakan pembakar kek cawan seiring dengan perkembangan teknologi pembuatan kuih.

Katanya, dia me­lakukan kerja-kerja membancuh adunan tepung gandum, santan selain tiga papan te­lur untuk penyediaan akok bermula pukul 7.30 pagi setiap hari.

“Persekitaran rumah sempit dan tinggal di kawasan rumah bertingkat, saya tidak dapat membakar akok seperti penjual akok tradisional lain.

“Kita kena kreatif dan cari bahan untuk gantikan dapur atau sabut kelapa.

“Saya guna kaedah moden dan tradisional dalam penyediaan kuih kegemaran ramai itu dan dapat mengekalkan tekstur dan rasanya,” katanya.

Nur Aima Nadia memaklumkan, dia terpaksa menaikkan harga dari 60 sen kepada 80 sen sebiji tahun ini disebabkan kenaikan kos bahan mentah.

Katanya, selain menjual di kedai atau bazar Ramadan, dia juga menyediakan perkhidmatan menjual akok secara dalam talian atau bayar selepas terima kepada pelanggan Gua Musang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI