fbpx

EPL: Haaland bersedia gempur Southampton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND dijangka kembali memperkuatkan City selepas terpaksa berehat sebelum ini akibat kecederaan pangkal paha. – FB MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi bayangan ‘mesin gol’ pasukannya, Erling Haaland sempat cergas sepenuhnya untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Southampton di St. Mary awal pagi esok.

Penyerang prolifik berusia 23 tahun itu terlepas pesta gol City ke atas Liverpool dengan kemenangan 4-1 di Etihad pada Sabtu lalu disebabkan kecederaan pangkal paha.

Haaland mengalami kecede­raan itu selepas meledak hatrik ketika menewaskan Burnley 6-0 pada suku akhir Piala FA meng­akibatkan dia terlepas dua aksi kelayakan Kejohanan Euro 2024 bersama Norway menentang Sepanyol dan Georgia hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, penyerang yang sudah meledak 42 gol dalam semua kejohanan bersama City sejak berhijrah daripada Borussia Dortmund musim ini, dilihat kembali menjalani latihan bersama skuad utama kelmarin.

“Progres Erling (Haaland) semakin bagus berbanding sesi latihan sebelum ini. Dia masih mempunyai masa dan saya amat berharap dia kembali membantu kami seperti dilakukannya sepanjang musim ini.

“Selain aksi liga, kami juga mempunyai banyak lagi perlawanan seperti Liga Juara-Juara dan Piala FA. Jadi, saya memerlukan kesemua pemain termasuk Erling kembali cergas,” kata Guardiola.

Selepas Southampton, City akan bertemu Bayern Munich dua kali untuk aksi suku akhir Liga Juara-Juara diikuti Leicester City, Arsenal dan Fulham bagi saingan EPL selain separuh akhir Piala FA menentang Sheffield United dalam bulan ini.

Bulan depan, The Citizens masih perlu mengharungi baki lima perlawanan EPL selain perlu beraksi di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara sekiranya berjaya menewaskan Bayern. ­
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI