fbpx

Igauan 10 jenis kerabu Kak Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaida menunjukkan hidangan kerabu yang dijual di gerainya di Bazar Ramadan Medan Gopeng, Ipoh.

IPOH – Deretan pelbagai jenis kerabu di Kedai Kak Aida yang menyelerakan menjadi tarikan kepada pengunjung yang datang ke Bazar Ramadan Medan Gopeng untuk membeli juadah berbuka puasa.

Melihat aneka kerabu yang tersedia, pengunjung bukan sahaja kecur air liur, malah rambang mata untuk memilih kerabu yang mana sebagai pelengkap hidangan.

Peniaga kerabu tersebut, Rohaida Mustafa, 52, berkata, gerainya menyediakan sebanyak 10 jenis kerabu untuk jualan kali ini antaranya kerabu kacang botol, kerabu pucuk paku taugeh perut, kerabu pucuk paku taugeh kerang dan kerabu selom.

Katanya yang juga mesra disapa sebagai Kak Aida, turut dijual ialah kerabu bayam Brazil, kerabu pegaga, kerabu mangga, kerabu somtam betik, kerabu kaki ayam dan kerabu jantung pisang.

“Selain pelbagai jenis kerabu, saya turut menjual acar buah dan pecal. Kesemua hidangan tersebut dijual dengan harga RM5 sebungkus kecuali RM7 bagi acar buah,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Medan Gopeng.

Kata Rohaida, tiada rahsia istimewa bagi penyediaan setiap kerabu dan semuanya resepi sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI