Close-up egi sinker saiz 40g bersama sotong mengabang.

Candat sotong mengabang dengan ‘egi sinker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selama ini, jika saya turun mencandat sotong mengabang dari bot, teknik yang biasa digunakan adalah dengan mengikat perambut cabang ‘T’, satu cabang diikat ke ke batu ladung sebagai pemberat dan satu lagi ke candat.

Joran pendek yang dapat menampung berat batu ladung, bawah enam kaki panjang digunakan supaya mudah diselenggarakan di atas
bot.

Trip ke Pekan, Pahang ini, Johari Jamil menunjukkan satu ladung yang dipanggil egi sinker berbentuk kepala ikan dengan satu lubang yang boleh memasukkan kepala candat ke dalamnya.

Ada satu lubang kecil lain yang membolehkan tali perambut diikat atau disemat klip di eyelet candat.

Pada saya, ini merupakan satu gajet yang sangat menarik kerana getuan sotong mengabang dapat dirasai terus berbanding ada sekatan macam batu ladung seperti biasa digunakan selama ini.

Jika terasa leceh hendak meregukan egi sinker ke candat, ada sahaja pilihan lain, iaitu candat yang siap tersedia dibina egi sinker di kepalanya.
Kelebihan jenis ini adalah warna pemberat tersebut sama dengan warna badan candat dan rupanya juga lebih cantik.

Fared menggunakan egi sinker yang tersedia bersama candat dan candat berwarna terang sangat menjadi.

Ujian lapangan
Ketika mencuba candat ini tempoh hari, saya dapati ia sangat mudah digunakan. Hanya perlu cangkuk terus klip ke eyelet candat.

Ia juga cepat turun ke dasar dan boleh bertukar saiz pemberat kerana didatangkan dalam banyak saiz.

Saiz egi sinker yang biasa terdapat di pasaran ialah 20, 25, 35, 40 gram (g), jadi boleh ditukar mengikut kedalaman air dan kelajuan arus.

Ada juga sesetengah jenama mengeluarkan saiz 7, 10 dan 15g dan saya rasa ia sesuai digunakan untuk pemancing yang mencandat dari tebing dan memerlukan jarak lontaran lebih jauh.

Terdapat juga saiz yang lebih berat sehingga 60g atau mungkin ada lebih berat dari itu untuk digunakan di perairan yang lebih dalam atau di kawasan arus laju.

Seronoknya menggunakan egi sinker ini, saya dapat merasai terus gapaian janggut sotong mengabang ke candat dan pantas menyembat joran tanpa ragu-ragu.

Saya juga dapati, kebarangakalian sotong untuk terlepas sangat rendah berbanding cara persembahan candat biasa.

Selepas ini bolehlah saya bawa joran khusus untuk eging yang panjang itu kerana sudah tidak memerlukan ladung besar dan berat untuk menurunkan candat.

Perlawanan dengan sotong mengabang menggunakan set pancing pasti lebih mengasyikkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN