Teknik memburu sotong menggunakan candat moden iaitu eging kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pemancing, terutamanya di perairan Pantai Timur. Perairan ini terkenal dengan populasi sotong mengabang yang banyak ketika musim tertentu. Berbeza dengan pancingan biasa, eging lebih menitikberatkan seni permainan candat, kawalan joran dan kesabaran pemancing. Setiap hayunan mempunyai teknik tersendiri bagi menarik perhatian sotong mengabang sebelum ia menyambar candat. Terbaharu, geng saya berpeluang merasai pengalaman eging di perairan Kuantan, Pahang. Keadaan laut yang tenang ternyata merupakan kondisi terbaik……














