fbpx

Reen Rahim bengang akaun TikTok disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEN RAHIM

GARA-GARA dibanjiri komen negatif segelintir pihak terhadap video tular memaparkan kerenah bangun sahur, akaun TikTok pelakon Reen Rahim telah disekat.

Video tersebut merupakan pengakuannya yang pertama kali menyediakan juadah bersahur setelah bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu mendedahkan baru mendapat kiriman e-mel daripada pengendali aplikasi tersebut yang menyatakan akaunnya disekat berikutan terlampau banyak komen negatif.

Katanya, disebabkan perkongsian spontan itu netizen beramai-ramai melemparkan tuduhan bahawa selama ini dia juga tidak menunaikan solat subuh.

“Maksudnya, saya ini tak pernah bangun awal makan beria-ria, masak sahur lagilah tak pernah. Selalu ibu kejut saya hujung (waktu) untuk minum air, kemudian solat subuh dan tidur balik.

“TikTok saya kena ‘banned’ (sekat) sudah dua minggu. Saya cuba macam-macam dan reda, sekali pagi ini dapat e-mel. Rupa-rupanyq TikTok cakap video saya dibanjiri komen tidak bermoral,” luahnya.

Susulan kehilangan 1.6 juta pengikut, Reen yang berkahwin dengan ahli perniagaan pada 24 Disember tahun lalu terpaksa membuka akaun TikTok yang baharu.
Namun dia berpesan sesiapa yang kental dengan sikap pendengki dan mempunyai masalah hati diingati supaya jangan jadi pengikutnya.

Mizz Lahar: Pening tengok selebriti tak sabar masuk mahkamah nak londehkan hal dalam kain mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI