fbpx

Jururawat lelaki didakwa bunuh anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang jururawat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fair Park di sini, 17 Mac lalu.

Tertuduh, Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Jessica Daimis, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada bayi lelakinya berusia enam bulan 14 hari di sebuah rumah di Hala Kepayang 4, Kampung Kepayang, Fair Park di Ipoh pada pukul 10 malam, 17 Mac 2023.

Pertuduhan terhadap tertuduh yang juga penagih dadah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Jun ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI