fbpx

Pemandu Proton Waja maut tersepit belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dipandu mangsa remuk akibat melanggar bahagian belakang lori di KM1.5, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya seorang diri melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 1.5 Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.19 pagi itu, mangsa, S.Vitra Stevan, 44, disahkan mati di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Waja.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Israhanafi Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas penyelamatan dan selesai pada pukul 4.51 pagi namun disahkan maut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.04 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI