fbpx

Kereta langgar lari anggota polis diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis yang terlibat dalam iemalangan berhampiran Mentari Court, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Seorang anggota polis cedera pada kaki selepas dipercayai dilanggar lari sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mentari Court, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis Proton Saga pada pukul 4.19 petang.

“Siasatan mendapati, kereta tersebut dari arah Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur bergesel dengan motosikal ditunggang anggota terbabit.

“Selepas kemalangan, pemandu kereta itu disyaki melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Fakhrudin, polis sedang giat mengesan pemandu kereta yang terbabit kemalangan itu untuk membantu siasatan lanjut.

Tambah beliau, mangsa yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera pada kaki masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur dan dilaporkan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor M Sivam di talian 017-3290749 atau 03-79662222,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI